Saturday, March 20, 2010

~Doa seorang Kekasih~



Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.


########################################


Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah ya Tuhanku… Seandainya telah engkau
catatkan… Dia milikku dan tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan
hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu
abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha pengasih… Seiringkanlah
kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah
engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah dia jauh dari
pandanganku… Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan peliharalah aku
dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang
maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh
ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang… dan tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah
aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala
yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah
rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku
sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… dan jauhkan aku dari menjurus kearah
kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah
padaku keturunan yang soleh dan solehah….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin



azza_shrif

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates